Pertandingan NADI E-Sukan Peringkat Negeri Kedah Musim Kedua
19 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2025, Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah berlangsung Pertandingan NADI E-Sukan Peringkat Negeri Kedah Musim Kedua di NADI Kampung Gunung Hilir. Dikenali sebagai kumpulan Belangkas iaitu 6 orang pelajar yang mewakili NADI untuk peringkat negeri. Peserta yang terlibat adalah dari pelajar tingkatan 5 (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus.
Setelah mendengar taklimat pertandingan, kumpulan Belangkas telah bersaing dipusingan pertama sebanyak 5 pusingan, dan berjaya hingga ke top 16 pada sesi petang namun, tiada peluang untuk ke pusingan separuh akhir kerana telah kalah dengan NADI Padang Wahid, Langkawi.
Saringan musim kedua ini sangat sengit berbanding tahun lepas, kerana berjaya ke top 16. Berbanding tahun lepas, kumpulan Bunny Esport telah kalah di pusingan pertama. Pertandingan ini menawarkan hadiah yang lumayan iaitu juara sebanyak RM2500, tempat kedua RM2000, tempat ketiga RM1500 dan RM1000 bagi tempat ke empat.
Peserta yang mengikuti, adalah peserta yang bersemangat tinggi dan ada diantara pelajar aktif disekolah dengan sukan. Program sebegini dapat menarik perhatian pelajar dan juga belia untuk mencari peluang membina kerjaya dalam e-sukan dan menambah pengalaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: